Monday, October 4, 2010

apa yang melambangkan Malaysia?

    Dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini, masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang tidak bersyukur di lahirkan di Malaysia, kita seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman da sentosa ini, tidak kira bangsa,agama dan budaya. Bak kata PM kita ni 1MALAYSIA, tapi ramai atau tidak rakyat Malaysia yang tahu lambang-lambang yang melambangkan Malaysia serta maksud-maksud yang terselindung disebalik lambang-lambang yang melambangkan Negara kita dan asal-usul sejarah terjadinya lambang-lambang tersebut.Nak tahu lambang-lambang Negara kita? Jom kita semak apa yang dah saya taipkan ini!


JATA NEGARA

Ini merupakan lambang Negara yang harus diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu Jata Negara,Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri melayu tak bersekutu dahulu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka.. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-neger Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, manakala merah dan kuning ialah warna negeri  Selangor. Hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Selat yang asal.Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Negeri Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.




No comments:

Post a Comment