RUJUKAN
Monday, October 4, 2010
IKRAR NEGARA MALAYSIA
Ikrar Negara juga penting sebagai lambang Malaysia,bahawasanya rakyat Makaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama,dapat menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak lantas membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
IKRAR NEGARA
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
Jadi kepada semua rakyat Malaysia, berusaha lah menghafal ikrar Negara kita ini.
Jadi ,kawan-kawan, kita semua sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama seharusnya mengetahui lambang-lambang yang melambangkan Negara kita,Jata Negara, bendera Malaysia, bunga kebangsaan,lagu negaraku dan ikrar Negara, supaya kita semua menjadi rakyat Malaysia yang serba-serbi tahu mengenai Negara kita sendiri,biasa lah tu kawan-kawan, hujan emas di Negara orang,hujan batu di Negara sendiri,lebih baik Negara sendiri. Renung-renungkan lah dan bangga lah menjadi rakyat Malaysia, kerana kita 1MALAYSIA!!
LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Acapkali kita rakyat Malaysia menyanyikan lagu ini,tahukah generasi kini bagaimana lagu Negaraku menjadi lagu yang melambangkan Malaysia?Lagu Negaraku sebenarnya dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu rasmi negeri Perak berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, dan dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudian-nya telah dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan pergerakannya akan berlaju.
BUNGA KEBANGSAAN
BENDERA NEGARA PULA.....
Selain daripada Jata Negara, Malaysia juga dapat di kenali dengan bendera yang berkibar megah. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar. Bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam iaitu agama bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
apa yang melambangkan Malaysia?
Dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini, masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang tidak bersyukur di lahirkan di Malaysia, kita seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman da sentosa ini, tidak kira bangsa,agama dan budaya. Bak kata PM kita ni 1MALAYSIA, tapi ramai atau tidak rakyat Malaysia yang tahu lambang-lambang yang melambangkan Malaysia serta maksud-maksud yang terselindung disebalik lambang-lambang yang melambangkan Negara kita dan asal-usul sejarah terjadinya lambang-lambang tersebut.Nak tahu lambang-lambang Negara kita? Jom kita semak apa yang dah saya taipkan ini!
JATA NEGARA
Ini merupakan lambang Negara yang harus diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu Jata Negara,Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri melayu tak bersekutu dahulu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka.. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-neger Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, manakala merah dan kuning ialah warna negeri Selangor. Hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Selat yang asal.Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Negeri Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Subscribe to:
Posts (Atom)